Suhaizan Kaiat

Tuan Haji

Suhaizan Kaiat
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pulai
Penjawat kini
Memegang jawatan
9 September 2023
Didahului olehSalahuddin Ayub
Majoriti18,641
Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia
Dalam jawatan
6 Januari 2023 – 23 Julai 2023
MenteriSalahuddin Ayub
Yang di-Pertua
Dewan Negeri Johor ke-14
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
Timbalan Gan Peck Cheng
Didahului oleh Mohamad Aziz
Digantikan oleh Mohd Puad Zarkashi
Setiausaha Organisasi
Parti Amanah Negara
Dalam jawatan
2015–2019
PresidenMohamad Sabu
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehAbang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
2013–2015
Didahului olehNasrudin Hassan
Digantikan olehNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Butiran peribadi
Lahir (1973-04-13) 13 April 1973 (umur 51)
Kampung Sungai Sudah
Johor Muar, Johor
KerakyatanMalaysia
Parti politikPAS (-2015)
Parti Amanah Negara (2015-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
PH-AMANAH
PasanganDr. Norsham Idris
Anak-anak3
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Tuan Haji Suhaizan Kaiat (lahir 13 April 1973) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Pulai selepas menang dalam pilihan raya kecil pada September 2023.[1] Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor dari 2018 hingga 2022.[2]

Beliau adalah Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara sejak 2015.[3] Sebelum aktif dalam Parti Amanah Negara, beliau adalah salah seorang daripada pemimpin dalam saf kepimpinan PAS.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar dan Sekolah Agama Seri Menanti, Muar (Darjah Khas). Kemudian menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Seri Menanti, Muar dan akhirnya di Sekolah Agama Parit Nawi.[4]

Setelah menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau telah menyambung pengajian di universiti dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Beliau aktif dalam persatuan mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia. Antara jawatan yang beliau sandang, termasuklah sebagai Exco dan Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UTM.

Aktiviti kemasyarakatan

Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Pernah dilantik sebagai Setiausaha Pembangunan Masjid Taman Universiti Skudai, Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat (TANAH), Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Kempas dan Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Simpang Renggam.

Politik

Beliau mula menceburi bidang politik dengan menyertai PAS. Antara jawatan penting beliau dalam PAS, termasuklah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Dewan Pemuda PAS Gelang Patah, Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Undi Pos Malaysia.

Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor pada 28 Jun 2018 lalu.

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia: Johor[5][6]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Pembangkang Undi
2013 Simpang Renggam Liang Teck Meng (BN) 19,754 Suhaizan Kaiat (PAS) 14,048
2004 Parit Sulong Syed Hood Syed Edros (BN) 26,974 Suhaizan Kaiat (PAS) 9,788
Dewan Undangan Negeri Johor[7]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Pembangkang Undi
2018 Kukup Md Othman Yusof (BN) 11,113 Suhaizan Kaiat (PKR) 10,251
Dr. Karim Deraman (PAS) 1,040
2013 Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tan Sri Tengku Hamid Jumat (BN) 18,595 Suhaizan Kaiat (PAS) 14,648
2008 Osman Sapian (BN) 15,897 Suhaizan Kaiat (PAS) 7,711

Pautan luar

Suhaizan Kaiat di Facebook

Rujukan

  1. ^ ISAHAK, NOR AZURA MD AMIN dan ZULHISHAM (2023-09-09). "PRK: Suhaizan pertahan kemenangan PH di Parlimen Pulai". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-09.
  2. ^ "56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan". www.utusanborneo.com.my. 2018-06-29. Dicapai pada 2023-09-09.
  3. ^ Barisan kepimpinan AMANAH
  4. ^ Profil calon PRU 13
  5. ^ Keputusan PRU 2004
  6. ^ Keputusan PRU 2013
  7. ^ Profil calon PRU 14
  • l
  • b
  • s
Ahli Dewan Negeri Johor ke-14
Yang di-Pertua: Suhaizan Kaiat (AMANAH) (Bukan Ahli Dewan Negeri) • Timbalan Yang di-Pertua: Gan Peck Cheng (DAP)
Ketua Majlis: Hasni Mohammad (UMNO) • Ketua Pembangkang: Aminolhuda Hassan (AMANAH)
  1. Buloh Kasap: Zahari Sarip (UMNO)
  2. Jementah: Tan Chen Choon (DAP)
  3. Pemanis: Chong Fat Full (BERSATU)
  4. Kemelah: Sulaiman Mohd Nor (AMANAH)
  5. Tenang: Mohd Solihan Badri (BERSATU)
  6. Bekok: Ramakrishnan Suppiah (DAP)
  7. Bukit Kepong: Sahruddin Jamal (BERSATU)
  8. Bukit Pasir: Najib Lep (PAS)
  9. Gambir: Mahiaddin Md Yasin (BERSATU)
  10. Tangkak: Ee Chin Li (DAP)
  11. Serom: Faizul Amri Adnan (PKR)
  12. Bentayan: Ng Yak Howe (DAP)
  13. Simpang Jeram: Salahuddin Ayub (AMANAH)
  14. Bukit Naning: Md Ysahruddin Kusni (PKR)
  15. Maharani: Nor Hayati Bachok (AMANAH)
  16. Sungai Balang: Zaiton Ismail (UMNO)
  17. Semerah: Mohd Khuzzan Abu Bakar (PKR)
  18. Sri Medan: Zulkurnain Kamisan (UMNO)
  19. Yong Peng: Chew Peck Choo (DAP)
  20. Semarang: Samsolbari Jamali (UMNO)
  21. Parit Yaani: Aminolhuda Hassan (AMANAH)
  22. Parit Raja: Nor Rashidah Ramli (UMNO)
  23. Penggaram: Gan Peck Cheng (DAP)
  24. Senggarang: Khairuddin A Rahim (PKR)
  25. Rengit: Ayub Jamil (UMNO)
  26. Machap: Abd Taib Abu Bakar (UMNO)
  27. Layang-Layang: Onn Hafiz Ghazi (UMNO)
  28. Mengkibol: Chew Chong Sin (DAP)
  29. Mahkota: Muhamad Said Jonit (PKR)
  30. Paloh: Sheikh Umar Bagharib Ali (DAP)
  31. Kahang: Vidyananthan Ramanadhan (MIC)
  32. Endau: Alwiyah Talib (BERSATU)
  33. Tenggaroh: Raven Kumar Krishnasamy (MIC)
  34. Panti: Hahasrin Hashim (UMNO)
  35. Pasir Raja: Rashidah Ismail (UMNO)
  36. Sedili: Rasman Ithnain (BERSATU)
  37. Johor Lama: Rosleli Jahari (BERSATU)
  38. Penawar: Sharifah Azizah Syed Zain (UMNO)
  39. Tanjung Surat: Syed Sis A. Rahman (UMNO)
  40. Tiram: Gopalakrishnan Subramaniam (PKR)
  41. Puteri Wangsa: Mazlan Bujang (BERSATU)
  42. Johor Jaya: Liow Cai Tung (DAP)
  43. Permas: Che Zakaria Mohd Salleh (BERSATU)
  44. Larkin: Mohd Izhar Ahmad (BERSATU)
  45. Stulang: Andrew Chen Kah Eng (DAP)
  46. Perling: Cheo Yee How (DAP)
  47. Kempas: Kosong
  48. Skudai: Tan Hong Pin (DAP)
  49. Kota Iskandar: Dzulkefly Ahmad (AMANAH)
  50. Bukit Permai: Tosrin Jarvanthi (BERSATU)
  51. Bukit Batu: Jimmy Puah Wee Tse (PKR)
  52. Senai: Tee Boon Tsong (DAP)
  53. Benut: Hasni Mohammad (UMNO)
  54. Pulai Sebatang: Muhammad Taqiuddin Cheman (AMANAH)
  55. Pekan Nanas: Yeo Tung Siong (DAP)
  56. Kukup: Md Othman Yusof (UMNO)

Kerajaan: (28) Barisan Nasional (16) Perikatan Nasional (12) • Pembangkang: (27) Pakatan Harapan (27)
Kosong (1)

Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen

1ke-2ke-3ke-4ke-5ke-6ke-7ke-8ke-9ke-10ke-11ke-12ke-13ke-14

Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia