Saari Sungib

Tuan Haji Saari bin Sungib merupakan bekas ADUN Selangor, kawasan N18 Hulu Kelang (kawasan negeri).[1] Beliau merupakan ketua AMANAH bahagian Gombak (kawasan persekutuan) dan Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor. Beliau adalah salah satu ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang meninggalkan parti itu pada tahun 2015 dan menubuhkan Parti Amanah Negara. Beliau berjaya menyandang kerusi ini sejak PRU-12 yang lalu pada tahun 2008 sehingga kini.

Tuan Haji

Saari bin Sungib
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Hulu Kelang
Dalam jawatan
2008–2023
Didahului oleh Ahmad Bujang
Digantikan oleh Azmin Ali
Majoriti2,134 (PRU-12)
2,881 (PRU-13)
15,349 (PRU-14)
Ketua AMANAH Gombak
Dalam jawatan
2015–2022
PresidenMohamad Sabu
Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor
Dalam jawatan
2015–2019
PresidenMohamad Sabu
PengerusiIzham Hashim
Digantikan olehAzli Yusof
Butiran peribadi
Lahir1957 (umur 66–67)
Dengkil, Sepang, Selangor
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (-2015)
(2015-kini)
PasanganAliza Jaafar
Anak-anak7 termasuk Anfaal Saari
HubunganBerkahwin
KediamanHulu Kelang
Alma materUniversity of Aston (BSc)
University of Hull (MBA)
Universiti Kebangsaan Malaysia (Diploma Lepasan Ijazah)
PekerjaanAhli Dewan Undangan Negeri
ProfesionAhli Perniagaan

Semasa beliau berada dalam PAS pada 2011,beliau dilantik semula sebagai Ketua Penerangan Pas Selangor oleh Pesuruhjaya Pas negeri yang baru, Dr. Abdul Rani Osman. Sebelum ini beliau dilucutkan daripada jawatan itu pada 2009 selepas dipercayai tidak sehaluan dengan Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu, Datuk Dr. Hassan Ali.[2]

Latar belakang

Saari Sungib dilahirkan di Dengkil, Selangor pada tahun 1957. Keluarganya telah berhijrah ke Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1958. Beliau memulakan pendidikan awal di Sek. Keb. Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur (1964-1969).

Beliau adalah antara pelajar terbaik Selangor ketika itu dan telah dipilih melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh (1970-1976). Seterusnya beliau dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Mekanikal dan Bahan dengan kepujian dari University of Aston in Birmingham (1982) dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA with distinction) dari Unversity of Hull (1993). Beliau juga mempunyai Diploma (Lepasan Ijazah) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1984).

Saari Sungib berumah tangga dengan Puan Aliza Jaafar. Mereka dikurniakan 7 orang anak, mempunyai lima orang menantu dan sehingga kini mempunyai 14 orang cucu. Keluarga beliau telah menetap di AU 2C, Keramat sejak tahun 1979. Sekembalinya dari menuntut di United Kingdom, beliau telah memberikan khidmat dan kebajikan kepada masyarakat sekitar Hulu Klang.


  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR),Ipoh,Perak


  • Ijazah Sarjana Muda Mekanikal dan Bahan(Kepujian),University of Aston in Birmingham,United Kingdom


  • Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan,University of Hull


Profesional

Beliau adalah seorang juruperunding pengurusan dalam pembangunan organisasi, perancangan strategik dan sistem pengurusan kualiti ISO 9000. Menubuhkan antara syarikat perunding pengurusan bumiputera yang terawal pada tahun 1988 dan telah memberi khidmat perundingan kepada pelbagai organisasi awam dan swasta di Negara Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia. Antara organisasi di negara ini yang telah mendapat khidmat perundingan beliau termasuklah Petronas Carigali, Kemaman Supply Base, Toshiba, NEC, JVC, PERNEC, Proton, Perodua, TNB, Telekom Malaysia, PNB, BIMB, DBP, LKIM, JKR, JBA, JPS, KWSP dan LUTH.

Tokoh masyarakat

Beliau merintis sistem dan institusi pendidikan Islam bersepadu dengan menubuhkan Sekolah Rendah Islam Al-Amin (1986)dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin (1990).

Beliau menaja penubuhan pertubuhan Jamaah Islah Malaysia pada 1989 dan menjadi Presiden JIM (1990-1999). JIM adalah sebuah gerakan dakwah, sosial dan kebajikan. Beliau juga telah membangunkan rangkaian tadika-tadika Islam dan kelab-kelab remaja.

Dalam bidang kebajikan, beliau bergiat cergas dalam membangunkan program-program khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, motivasi keluarga bahagia dan pembangunan warga kilang.

Tokoh agama

Walaupun berkelulusan sebagai seorang jurutera, beliau berusaha meningkatkan pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama. Berbekalkan Diploma (Lepasan Ijazah) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau terlibat aktif memberikan ceramah motivasi dan agama, kuliah-kuliah di beberapa surau dan masjid di sekitar Hulu Kelang.

Penulisan

Sejak 1986 hingga kini, beliau telah menulis lebih 30 buah buku yang berkisar persoalan dakwah, reformasi masyarakat dan hak asasi manusia. Beliau juga menulis di akhbar-akhbar alternatif dan di internet mengenai isu-isu semasa dan pandangan-pandangan bagi memperbaiki kepincangan masyarakat.

  1. Sengsara Kem Kemunting : kisah hidup dalam penjara ISA ; Petaling Jaya : Strategic Information and Research Development Centre, 2011
  2. Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda

Pengiktirafan antarabangsa

Pada tahun 2001, Amnesty International telah memberi anugerah khas di atas sumbangan beliau dalam mempertahankan hak asasi manusia. Seterusnya pada tahun 2007, beliau telah diberikan penghormatan untuk melancarkan Amnesty Report bagi peringkat Malaysia.

Beliau telah diundang oleh beberapa pertubuhan di London, Dublin, Belfast, Jakarta, Tehran dan Cape Town, Afrika Selatan untuk menyampaikan ucapan di samping ditemubual oleh stesen-stesen radio dan TV dari Republik Korea, Australia, Singapura, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat.

Diperintah bayar saman

Pada 30 Mei 2013, Saari Sungip diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah kalah kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Saman itu berdasarkan rencan tulisannya 'Siasat Pindah Wang LZS' dalam akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009. MAIS diwakili oleh peguam dari Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua berjaya membuktikan kewujudan elemen fitnah . Hakim Datuk Suraya Othman telah mengarahkan Saari membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi keterlaluan RM100,000 kepada plaintif. Saari Sungip juga perlu membayar kos sebanyak RM30,000 dan faedah 8 % dari RM300,000 dari tarikh keputusan sehingga penyelesaian penuh.Rencana Saari itu mendakwa berlaku pemindahan wang zakat yang tidak diagihkan oleh LZS bernilai jutaan ringgit ke satu akaun lain pada 11 Disember 2008. [3][4]

Krisis MB Selangor 2014

Saari Sungip dan Hasnol Badaruddin (PAS Adun Morib) telah menandatangan surat akuan bersumpah (SD) menyokong perlantikan Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Jumlah 30 Adun Selangor hasil SD daripada 15 PKR 15 DAP dan 2 PAS usdah memadai untuk mendapat majoriti DUN Selangor. Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS, dua buah badan tertinggi dalam PAS telah membuat ketetapan untuk menolak Wan Azizah . Sultan Selangor yang balik cari percutian, mahu PR menghantar lebih dari satu nama kepada baginda.[5]Ramai pimpinan PAS mahu Saari dan Hasnul diambil tindakan tegas di bawah Fasal 82 Perlembagaan PAS.[6][7]

Rujukan

  1. ^ Y.B. Tuan Haji Saari bin Sungib
  2. ^ Pas Selangor: Khalid Samad, Shaari Sungib dilantik semula
  3. ^ Saari Sungib diperintah bayar RM300,000
  4. ^ MAIS mahu Saari Sungib mohon maaf buat kenyataan berbau fitnah
  5. ^ Saari Sungib mungkin langgar baiah
  6. ^ Tindakan tegas terhadap Saari, Hasnul - Pas Wilayah
  7. ^ Saari sedia jadi wakil Bebas, Hasnul yakin rakyat setuju

Pautan luar

  • Y.B. Tuan Haji Saari bin Sungib
  • l
  • b
  • s
Yang di-Pertua: Ng Suee Lim (DAP) • Timbalan Yang di-Pertua: Hasnul Baharuddin (AMANAH)
Ketua Majlis: Amirudin Shari (PKR) • Ketua Pembangkang: Rizam Ismail (UMNO)
  1. Sungai Air Tawar: Rizam Ismail (UMNO)
  2. Sabak: Ahmad Mustain Othman (PKR)
  3. Sungai Panjang: Mohd Imran Tamrin (UMNO)
  4. Sekinchan: Ng Suee Lim (DAP)
  5. Hulu Bernam: Rosni Sohar (UMNO)
  6. Kuala Kubu Baharu: Lee Kee Hiong (DAP)
  7. Batang Kali: Kosong
  8. Sungai Burong: Mohd Shamsudin (UMNO)
  9. Permatang: Rozana Zainal Abidin (PKR)
  10. Bukit Melawati: Juwairiya Zulkifli (PKR)
  11. Ijok: Idris Ahmad (PKR)
  12. Jeram: Mohd Shaid Rosli (PEJUANG)
  13. Kuang: Sallehudin Amiruddin (BEBAS)
  14. Rawang: Chua Wei Kiat (PKR)
  15. Taman Templer: Sany Hamzan (AMANAH)★
  16. Sungai Tua: Amirudin Shari (PKR)★
  17. Gombak Setia: Hilman Idham (BERSATU)
  18. Hulu Kelang: Saari Sungib (AMANAH)
  19. Bukit Antarabangsa: Azmin Ali (BERSATU)
  20. Lembah Jaya: Haniza Mohamed Talha (PBM)
  21. Pandan Indah: Izham Hashim (AMANAH)
  22. Teratai: Lai Wai Chong (WARISAN)
  23. Dusun Tua: Edry Faizal Eddy Yusof (DAP)
  24. Semenyih: Zakaria Hanafi (UMNO)
  25. Kajang: Hee Loy Sian (PKR)
  26. Sungai Ramal: Mazwan Johar (AMANAH)
  27. Balakong: Wong Siew Ki (DAP)
  28. Seri Kembangan: Ean Yong Hian Wah (DAP)
  29. Seri Serdang: Siti Mariah Mahmud (AMANAH)
  30. Kinrara: Ng Sze Han (DAP)
  31. Subang Jaya: Michelle Ng Mei Sze (DAP)
  32. Seri Setia: Halimey Abu Bakar (PKR)
  33. Taman Medan: Syamsul Firdaus (PKR)
  34. Bukit Gasing: Rajiv Rishyakaran (DAP)
  35. Kampung Tunku: Lim Yi Wei (DAP)
  36. Bandar Utama: Jamaliah Jamaluddin (DAP)
  37. Bukit Lanjan: Elizabeth Wong (PKR)
  38. Paya Jaras: Mohd Khairuddin Othman (PKR)
  39. Kota Damansara: Shatiri Mansor (PKR)
  40. Kota Anggerik: Mohd Najwan Halimi (PKR)
  41. Batu Tiga: Rodziah Ismail (PKR)★
  42. Meru: Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PKR)
  43. Sementa: Daroyah Alwi (PBM)
  44. Selat Klang: Abdul Rashid Asari (BERSATU)
  45. Bandar Baru Klang: Teng Chang Khim (DAP)
  46. Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri (PKR)
  47. Pandamaran: Leong Tuck Chee (DAP)
  48. Sentosa: Gunarajah George (PKR)
  49. Sungai Kandis: Zawawi Mughni (PKR)
  50. Kota Kemuning: Ganabatirau Veraman (DAP)★
  51. Sijangkang: Ahmad Yunus Hairi (PAS)★
  52. Banting: Lau Weng San (DAP)
  53. Morib: Hasnul Baharuddin (AMANAH)
  54. Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah (PKR)
  55. Dengkil: Adhif Syan Abdullah (BERSATU)
  56. Sungai Pelek: Ronnie Liu Tian Khiew (DAP)

Kerajaan: (40) Pakatan Harapan (40)
Pembangkang: (16) Barisan Nasional (5) Perikatan Nasional (5) Parti Pejuang Tanah Air (2) Parti Bangsa Malaysia (2) Parti Warisan (1) BEBAS (1)

Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen

1ke-2ke-3ke-4ke-5ke-6ke-7ke-8ke-9ke-10ke-11ke-12ke-13ke-14

Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia