Razia Sultana

Razia Sultan
Sultan Delhi/Kesultanan Delhi
Makam Razia Begum (Razia Sultana) di Mohalla Bulbuli Khana
Pemerintahan10 November 1236– Mei 1240
Pertabalan1236
Keputeraan1205
Tempat keputeraanDelhi
MangkatMei 1240
Tempat mangkatDelhi
DimakamkanBulbul-i-Khan dekat Gerbang Turkoman, Delhi
PendahuluRukn ud din Firuz
PenggantiMuiz ud din Bahram
PasanganMalik Ikhtiaruddin Altunia
AnakandaZubrudin Mirza Rashil (1237-1238)_anak angkat
Kerabat dirajaDinasti Mamluk (Delhi)
AyahandaShamsuddin Iltutmish
BondaQutub Begum

Raziyya al-Din (1205 – 13 Oktober 1240, usia 35 tahun), nama takhta Jalâlat ud-Dîn Raziyâ (Persia-Arab:جلاله الد دین رضیه), Hindi: जलालत उद-दीन रज़िया), biasanya disebut dalam sejarah sebagai Razia Sultan, lahir di Budaun dan merupakan Sultan Delhi di India dari 1236 sehingga Mei 1240. Seperti beberapa puteri kerajaan Muslim lain pada zaman tersebut, beliau dilatih untuk memimpin tentera dan pengurus-pengurus kerajaan jika diperlukan.[1] Razia Sultana ialah satu-satunya penguasa wanita pada Kesultanan dan zaman Mughal, meskipun wanita lain memerintah dari sebalik layar.[2] Razia mengubah sebutannya sebagai Sultana kerana perkataan itu bermaksud "isteri atau kekasih kepada seorang sultan". Beliau hanya akan menjawab dengan gelaran "Sultan". Dalam pendapat sesetengah orang, Razia memiliki semua kualiti dari seorang penguasa besar.

Memerintah sebagai Sultan dan kemangkatan

Razia (juga disebut Radiyya atau Raziyya) menggantikan bapanya Shams-ud-din Iltutmish pada Kesultanan Delhi pada 1236. Iltutmish menjadi sultan pertama yang memilih seorang wanita sebagai penggantinya ketika beliau menjadikan puterinya Razia sebagai pewaris takhtanya. Razia menjadi penguasa wanita pertama dan terakhir di Kesultanan Delhi. (Menurut sebuah sumber, putera sulung Iltumish awalnya ingin dijadikan sebagai penggantinya, tetapi mangkat saat masih bayi) Namun, para bangsawan Muslim tidak bersetuju dengan pelantikan seorang wanita sebagai pengganti yang dilakukan oleh Iltutmish, dan setelah sultan mangkat pada hari Rabu 30 April 1236, saudara Razia, Rukn ud din Firuz, dipilih untuk naik takhta.

Warisan

Razia mendirikan sekolah-sekolah, akademi-akademi, pusat-pusat untuk penyelidikan, dan perpustakaan-perpustakaan awam yang mengandungi karya-karya filsuf-filsuf purba bersama dengan Al-Quran dan tradisi-tradisi Muhammad. Karya-karya Hindu dalam bidang ilmu pengetahuan, falsafah, astronomi, dan sastera diajar di sekolah-sekolah dan kolej-kolej.

Dalam budaya masyhur

Penyair Bengali Michael Madhusudan Dutt menulis sebuah sandiwara pentas tentang kehidupan Razia Sultana dalam bahasa Inggeris yang berjudul Rizia, the sultana of Inde.[3]

Razia Sultana ialah sebuah filem biopik 1983 berkisarkan mengenai Razia Sultan, dengan Hema Malini menjayakan peranan tajuk.[4]

Pada tahun 2015, &TV menyiarkan sebuah siri TV tentang kehidupan Razia Sultana, yang dibintangi oleh Pankhuri Awasthy.[5]

Rujukan

  1. ^ Gloria Steinem (Introduction), Herstory: Women Who Changed the World, eds. Deborah G. Ohrn and Ruth Ashby, Viking, (1995) p. 34-36. ISBN 978-0sex670854349
  2. ^ Table of Delhi Kings: Muazzi Slave King The Imperial Gazetteer of India, 1909, v. 2, p. 368..
  3. ^ "Michael Madhusudan Dutt". Dicapai pada 5 Mac 2015.
  4. ^ "Razia Sultan". Internet Movie Database. Dicapai pada 5 Mac 2015.
  5. ^ "Pankhuri Awasthi follows Hema Malini for 'Razia Sultan'". Times of India. IANS. 5 Februari 2015. Dicapai pada 5 March 2015.

Bibliografi

  • Guida M. Jackson, penyunting (1999). Women Rulers Throughout the Ages: An Illustrated Guide. ABC-CLIO. m/s. 341. ISBN 978-1-57607-091-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • K. A. Nizami (1992). "The Early Turkish Sultans of Delhi". Dalam Mohammad Habib; Khaliq Ahmad Nizami (penyunting). A Comprehensive History of India: The Delhi Sultanat (A.D. 1206-1526). 5 (ed. Second). The Indian History Congress / People's Publishing House. OCLC 31870180.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Muzaffar Husain Syed, penyunting (2011). Concise History of Islam. Vij Books. ISBN 978-93-82573-47-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Peter Jackson (2003). The Delhi Sultanate: A Political and Military History. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-54329-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Sudha Sharma (2016). The Status of Muslim Women in Medieval India. SAGE. ISBN 978-93-5150-565-5.CS1 maint: ref=harv (link)