Bergson da Silva Kpah Sherman (Masing-masing 7 gol)
Pemain terbaik
Fernando Forestieri
← 2021
2023 →
Piala Malaysia 2022 juga dikenali sebagai TM Piala Malaysia 2022[1] (atas sebab penajaan) adalah merupakan edisi ke-96 Piala Malaysia, sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Pemenang akan layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2023.[2]
Format
Dalam kejohanan ini, 11 pasukan teratas daripada saingan Liga Super 2022,[3] disertai oleh 5 pasukan teratas dari saingan Liga Premier 2022 (bukan pasukan pelapis kelab dan pembangunan) layak menyertai. Tiada perlawanan peringkat kumpulan dalam kejohanan kali ini, pasukan akan terus bermain dalam peringkat kalah mati. Kesemua perlawanan peringkat kalah mati iatu pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan di tempat sendiri dan tempat lawan dan perlawanan akhir akan dimainkan satu perlawanan tunggal di venue berkecuali.[4][5] Bermula edisi 2022, MFL memutuskan untuk tidak lagi menggunakan sistem peraturan gol tempat lawan di peringkat kalah mati untuk pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir,[6] jika pasukan terikat pada agregat di masa biasa, masa tambahan dan penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu.
Majlis undian akan diadakan pada 6 Oktober 2022, jam 15:00 (MST) yang disiarkan secara langsung di youtubeMFL.[7][8] Balang A akan diisi oleh empat pasukan teratas Liga Super, balang B diisi oleh pasukan tempat ke-5 dan ke-6 Liga Super termasuk 2 pasukan teratas Liga Premier dan balang C diisi oleh pasukan tempat ke-7 hingga ke-11 Liga Super termasuk 3 pasukan selebihnya dari Liga Premier yang layak.
Dalam fasa kalah mati, pasukan bermain menentang satu sama lain melalui perlawanan timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan, kecuali perlawanan akhir. Peraturan gol tempat lawan di peringkat kalah mati (pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir) tidak akan digunakan,[6] sekiranya pasukan terikat pada agregat di masa biasa, masa tambahan dan penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu.
^Ahli Lembaga Pengarah dari Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mencapai keputusan untuk tidak membenarkan Melaka United FC (MUFC) yang kini bermain di liga super untuk mengambil bahagian dalam TM Piala Malaysia 2022. Ini adalah disebabkan kerana kegagalan dalam menyelesaikan masalah tunggakkan gaji kepada para pemain dan pegawai mereka. Oleh itu kesemua 11 pasukan dari Liga Super akan mengisi slot TM Piala Malaysia 2022 selepas satu daripadanya telah ditinggalkan oleh Melaka United FC (MUFC).[3]
Rujukan
^"RASMI: TM penaja utama Liga Malaysia 2020-2022". football-tribe.com. 7 Februari 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
^"PENENTUAN KELAYAKAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DAN AFC CUP 2023" (dalam bahasa Melayu). www.malaysianfootballleague.com. 15 Oktober 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
^ ab"SEMUA PASUKAN LIGA SUPER KECUALI MELAKA UNITED LAYAK TM PIALA MALAYSIA 2022". www.malaysianfootballleague.com. MFL. 27 September 2022. Dicapai pada 30 September 2022.
^"FORMAT TM PIALA MALAYSIA 2022" (dalam bahasa Melayu). www.malaysianfootballleague.com. 4 Oktober 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"FORMAT TM PIALA MALAYSIA 2022 TETAP BERI CABARAN" (dalam bahasa Melayu). www.malaysianfootballleague.com. 5 Oktober 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
^ ab"MFL MENYELARASKAN PERATURAN AWAY GOAL SELARI DENGAN PERUBAHAN UEFA DAN AFC" (dalam bahasa Melayu). www.malaysianfootballleague.com. 19 Oktober 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"facebook Malaysian Football League". facebook Malaysian Football League. 6 Oktober 2022. Dicapai pada 6 Oktober 2022.
^ ab"MAJLIS UNDIAN TM PIALA MALAYSIA 2022". unifi tv. 6 Oktober 2022. Dicapai pada 6 Oktober 2022.
^"TM Piala Malaysia 2022 : Keputusan Undian & Jadual Perlawanan". ecentral.my. 6 Oktober 2022. Dicapai pada 6 Oktober 2022.
^"Jadual & Keputusan Undian Piala Malaysia 2022". www.aimanabdullah.com. 6 Oktober 2022. Dicapai pada 6 Oktober 2022.