Mohammad Radzhi Salleh
Mohammad Radzhi Salleh | |
---|---|
Exco Pelancongan Dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia Kedah | |
Dalam jawatan 9 Mac 2008 – 26 Ogos 2009 | |
Kawasan pilihan raya | Saifuddin Nasution Ismail |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – kini | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk N34 Lunas | |
Dalam jawatan 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | S Ganesan |
Digantikan oleh | Azman Nasrudin |
Majoriti | 10,323 |
Butiran peribadi | |
Parti politik | UMNO (1987–2008) (2008–2009) Bebas (2009–) |
Pekerjaan | Ahli Dewan Undangan Negeri |
Mohammad Radzhi bin Salleh merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lunas, Kedah Darul Aman menjadi ADUN Bebas setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat. [1]Sebelum 26 Ogos 2009, beliau pernah menjadi Exco Negeri Kedah di dalam portfolio Pelancongan Dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat mengalahkan calon dari Barisan Nasional Ananthan Somasundram dengan majoriti sebanyak 10,323 undi. Beliau memperolehi 17,836 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 7,513 undi.
Keluar dari PKR
Pada 26 Ogos 2009, beliau mengisytiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Menurut seorang seorang pembantunya, beliau keluar kerana pada dasarnya tidak berpuas hati akibat kekurangan dana sama ada peruntukan kerajaan negeri atau sumbangan parti itu untuk menjayakan program di kawasannya. Masalah berpuak-puak dalam parti turut menjadi punca beliau keluar. [2]
Lihat juga
- Pusat Khidmat Wakil Rakyat N34 DUN Lunas