Masjid Jamae

Masjid Jamae is located in Bumi
Masjid Jamae
Masjid Jamae (Bumi)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Jamae ialah sebuah masjid di Singapura. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Chulia atau Masjid Maideen di kalangan komuniti India Muslim di Singapura. Masjid ini menarik kerana didirikan di sebuah kawasan yang pada masa pembinaan dihuni oleh majoriti penduduk Cina. Masjid yang terletak berdekatan dengan Kuil Sri Mariamman ini merupakan mercu tanda unik di kawasan Chinatown.

Sejarah

Berbeza dengan bangunan-bangunan agama kurun ke-19 di Singapura, Masjid Jamae tidak pernah dibina semula. Dibina pada tahun 1826, Masjid Jamae merupakan masjid pertama yang didirikan oleh masyarakat Chulia, sebuah komuniti Tamil Islam dari Pantai Coromandel di selatan India. Masyarakat Chulia datang ke Singapura dan bekerja sebagai pedagang dan pengurup wang. Masyarakat ini juga berjaya mendirikan dua buah masjid yang lain: Masjid Al-Abrar dan Nagore Durgha, kedua-duanya terletak di Telok Ayer Street.

Seni bina

Digelar sebagai salah satu masjid tertua di Singapura, Masjid Jamae mempunyai unsur seni bina yang dipengaruhi arkitektur Timur dan Barat. Pintu masuk masjid mempunyai ciri seni bina India Muslim sementara ruang ṣolat dipenuhi tiang-tiang neoklasik Yunani Doric. Tingkap yang berjubin batu hijau pula menunjukkan pengaruh Cina.

Masjid Jamae diwartakan sebagai monumen nasional Singapura pada tahun 29 November 1974.

Rujukan

  • l
  • b
  • s
Ditadbir oleh
Majlis Ugama Islam Singapura
  • Masjid Abdul Aleem Siddique
  • Masjid Abdul Gaffoor
  • Masjid Abdul Hamid Kampong Pasiran
  • Masjid Ahmad
  • Masjid Ahmad Ibrahim
  • Masjid Al-Abdul Razak
  • Masjid Al-Abrar
  • Masjid Al-Amin
  • Masjid Al-Ansar
  • Masjid Al-Falah
  • Masjid Al-Firdaus
  • Masjid Al-Huda
  • Masjid Al-Iman
  • Masjid Al-Istighfar
  • Masjid Al-Istiqamah
  • Masjid Al-Islah
  • Masjid Al-Khair
  • Masjid Al-Mawaddah
  • Masjid Al-Muttaqin
  • Masjid Alkaff Kampung Melayu
  • Masjid An-Nahdhah
  • Masjid Bencoolen
  • Masjid Darul Ghufran
  • Masjid Darul Makmur
  • Masjid En-Naeem
  • Masjid Haji Muhammad Salleh
  • Masjid Hajjah Fatimah
  • Masjid Haji Yusoff
  • Masjid Hang Jebat
  • Masjid Jamae
  • Masjid Malabar
  • Masjid Muhajirin
  • Masjid Omar Kampong Melaka
  • Masjid Sallim Mattar
  • Masjid Sultan
  • Masjid Tentera Diraja
  • Masjid Yusof Ishak
Flag of Singapore
Masjid Sultan
Masjid Abdul Gaffoor
Tidak ditadbir oleh
Majlis Ugama Islam Singapura