Jambatan Menara

Jambatan Menara
جمبتن منارا
Tower Bridge
Jambatan Menara pada waktu senja
Koordinat51°30′20″N 0°04′31″W / 51.50556°N 0.07528°W / 51.50556; -0.07528
MembawaJalan Lingkaran Dalam London
MenyeberangiSungai Thames
LokasiBoro London:
– sebelah utara: Tower Hamlets
– sebelah selatan: Southwark
Dinamakan sempenaMenara London
PenyelenggaraBridge House Estates
Status warisanBangunan terpelihara Gred I
Laman sesawangwww.towerbridge.org.uk
Didahului olehMenara London
Diikuti olehJambatan Elizabeth II
Ciri-ciri
Reka bentukImbang/gantung
Panjang keseluruhan800 kaki (240 m)
Tinggi213 kaki (65 m)
Sejarah
ArkitekHorace Jones
Mula dibina21 Jun 1886 (1886-06-21)
Siap dibina1894
Dibuka30 Jun 1894; 129 tahun yang lalu (1894-06-30)
Lokasi
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan Menara adalah sebuah jambatan imbang dan gantung yang terletak di London, England. Jambatan ini merentasi Sungai Thames dan berada berdekatan dengan Menara London, dan ia merupakan salah satu daripada lima jambatan di London yang dimiliki dan diselenggara oleh Bridge House Estates, suatu amanah kebajikan yang ditubuhkan pada tahun 1282.

Dibina di antara tahun 1886 hingga 1894, jambatan ini direka bentuk oleh Horace Jones, dijuruterakan oleh John Wolfe Barry dengan bantuan Henry Marc Brunel.[1] Jambatan Menara dibina bagi memberi capaian yang lebih baik ke East End, yang telah mengembangkan keupayaan komersialnya pada abad ke-19. Jambatan ini telah dibuka oleh Edward VII, Putera Wales dan Alexandra, Puteri Wales pada tahun 1894.

Panjang Jambatan Menara ialah 800 kaki (240 m) dan terdiri daripada dua menara jambatan dengan ketinggian 213 kaki (65 m). Menara berkembar tersebut dihubungkan dengan dua laluan pejalan kaki di aras atas dan sepasang jambatan imbang di tengahnya, yang boleh diangkat bagi membenarkan laluan untuk kapal. Asalnya jambatan ini dikuasakan secara hidraulik dan mekanisme pengendaliannya ditukar kepada sistem elektrohidraulik pada 1972. Jambatan Menara menjadi sebahagian daripada Jalan Lingkaran Dalam London A100[2] dan dengan itu menjadi sempadan bagi zon bayaran kesesakan London. Dek jambatan ini boleh dicapai secara bebas kepada kenderaan dan pejalan kaki, di mana menara berkembarnya, laluan pejalan kaki di aras atas dan bilik enjin zaman Victoria membentuk sebahagian daripada Pameran Jambatan Menara.

Jambatan Menara menjadi salah satu mercu tanda terkenal di London. Ia kadang-kala dikelirukan dengan Jambatan London yang terletak kira-kira 0.5 batu (800 m) ke hulu sungai Thames.

Galeri

  • Panorama London dari tebing sungai, dengan Jambatan Menara dan 30 St Mary Axe boleh dilihat
    Panorama London dari tebing sungai, dengan Jambatan Menara dan 30 St Mary Axe boleh dilihat
  • Bahagian jambatan imbang semasa dibuka
    Bahagian jambatan imbang semasa dibuka
  • Jambatan kelihatan pada waktu senja
    Jambatan kelihatan pada waktu senja
  • Enjin jambatan imbang
    Enjin jambatan imbang
  • Pemandangan serong menara utara
    Pemandangan serong menara utara
  • Laluan pejalan kaki di aras atas
    Laluan pejalan kaki di aras atas
Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Rujukan

  1. ^ Portman, Derek (2004). "Henry Marc Brunel: Civil Engineer". Construction History (dalam bahasa Inggeris). 20: 71–83. JSTOR 41613878.
  2. ^ "A100". Roader's Digest: The SABRE Wiki (dalam bahasa Inggeris). The Society for All British and Irish Road Enthusiasts.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi Sunting ini di Wikidata
  • l
  • b
  • s
Jambatan di London Pusat (dari barat ke timur)
  • Vauxhall
  • Lambeth
  • Westminster
  • Hungerford dan Jubli Emas
  • Waterloo
  • Taman (dibatalkan)
  • Blackfriars
  • Kereta Api Blackfriars
  • Millennium
  • Southwark
  • Stesen Cannon Street
  • London
  • Menara
Portal:
  • jambatan Jambatan
  • icon London
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat