Hideo Nomo

Hideo Nomo
野茂 英雄
Nomo bersama Columbus Clippers pada 2005
Pelempar
Dilahirkan: (1968-08-31) 31 Ogos 1968 (umur 55)
Osaka, Jepun
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
Debut profesional
NPB: 10 April, 1990, untuk Kintetsu Buffaloes
MLB: 2 Mei, 1995, untuk Los Angeles Dodgers
Penampilan terakhir
NPB: 1994, untuk Kintetsu Buffaloes
MLB: 18 April, 2008, untuk Kansas City Royals
Statistik NPB
Rekod menang-kalah78–46
Purata peroleh larian3.15
Strikeout1,204
Statistik MLB
Rekod menang-kalah123–109
Purata peroleh larian4.24
Strikeout1,918
Pasukan
  • Kintetsu Buffaloes (1990–1994)
  • Los Angeles Dodgers (1995–1998)
  • New York Mets (1998)
  • Milwaukee Brewers (1999)
  • Detroit Tigers (2000)
  • Boston Red Sox (2001)
  • Los Angeles Dodgers (2002–{2004)
  • Tampa Bay Devil Rays (2005)
  • Kansas City Royals (2008)
Kerjaya cemerlang dan anugerah
NPB
  • 5× NPB All-Star (1990-1994)
  • Best Nine Award (1990)
  • Pacific League MVP (1990)
  • Anugerah Eiji Sawamura (1990)
  • Triple Crown (1990)
  • Pacific League Rookie of the Year (1990)

MLB

Ahli Jepun
Baseball Hall of Fame
Pelantikan2014
Pingat
Besbol
Mewakili  Jepun
Sukan Olimpik
Pingat perak – tempat kedua Seoul 1988 Berpasukan
Kejohanan Besbol Asia
Pingat emas – tempat pertama Seoul 1989 Berpasukan
Piala Antara Benua
Pingat perak – tempat kedua San Juan 1989 Berpasukan

Hideo Nomo (野茂 英雄code: ja is deprecated , Nomo Hideo, lahir 31 Ogos 1968) merupakan bekas pemain besbol Jepun yang beraksi sebagai pelempar di Nippon Professional Baseball (NPB) dan Major League Baseball (MLB). Beliau telah meraih kejayaan awal di tanah airnya apabila beliau mewakili pasukan Kintetsu Buffaloes dari tahun 1990 sehingga 1994. Beliau seterusnya mencari jalan keluar untuk melepaskan dirinya daripada kontrak dengan menjadi pemain Jepun pertama berpindah tetap ke MLB di Amerika Syarikat dengan menyertai pasukan Los Angeles Dodgers pada tahun 1995. Walaupun beliau bukannya pemain Jepun pertama di pentas besbol Amerika Syarikat, Nomo sering kali dikreditkan sebagai pembuka laluan masuk kepada pemain Jepun yang lain untuk menyerlah di MLB.[1]

Nomo telah beraksi sepanjang 13 musim di liga besbol utama Amerika Syarikat bersama lapan pasukan berbeza sebelum mengumum persaraan pada tahun 2008. Pada tahun 1995, beliau meraih anugerah Anugerah Rookie Major League Baseball di National League dan disenaraikan ke dalam pasukan MLB All-Star. Beliau turut menonjolkan bakatnya dengan menjadi pelempar mencatatkan strikeout terbanyak di MLB sebanyak dua kali serta menghasilkan permainan tanpa pukulan juga sebanyak dua kali. Beliau kekal sebagai satu-satunya pelempar Jepun di MLB yang dominan dalam perlawanan sehingga tiada pukulan dihasilkan sehinggalah pada tahun 2015 apabila pelempar Seattle Mariners, Hisashi Iwakuma mengulangi pencapaian sedemikian.[2]

Nomo mempunyai gaya permainan unik oleh sebab balingan bola "tornado" yang beliau hasilkan. Pada tahun 2014, Nomo disenaraikan ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol Jepun. Beliau kini tinggal di Los Angeles, California.

Catatan

  1. ^ "Nomo retires from baseball". Losangeles.dodgers.mlb.com. Dicapai pada 24 January 2022.
  2. ^ Stephen, Eric (12 August 2015). "Hisashi Iwakuma hurls no-hitter for Mariners". SBNation.com. Dicapai pada 24 January 2022.

Bacaan lanjut

  • Fagen, Herb. Nomo: The Inside Story on Baseball's Hottest Sensation. Friday Harbor, Washington: Turtleback Books, 1996. ISBN 0-606-09699-X, ISBN 0-451-18884-5.
  • Rodman, Edmon J. Nomo: The Tornado Who Took America by Storm. Los Angeles: Lowell House, 1996. ISBN 1-56565-394-7.
  • Whiting, Robert, "Nomo blazed trail, helped mend fences with move", Japan Times, 3 October 2010, p. 22.
  • Whiting, Robert, "Contract loophole opened door for Nomo's jump", Japan Times, 10 October 2010, p. 18.
  • Whiting, Robert, "Tireless work ethic earned Nomo respect in majors", Japan Times, 17 October 2010, p. 18.
  • Whiting, Robert, "Nomo's legacy should land him in Hall of Fame", Japan Times, 24 October 2010, p. 22.

Pautan luar

Templat:Baseballstats, or Retrosheet

  • Templat:Japanesebaseball
  • Nomo Baseball club
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Belanda
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek