Covid Oh Covid

Covid Oh Covid
GenreKomedi
Drama keluarga
Ditulis olehEirma Fatima
PengarahIzuan Mokhtar
Dibintangi oleh
  • Adibah Noor
  • Tony Eusoff
  • Umie Aida
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 April 2021 – 23 April 2021
Kronologi
MengikutiRomantika 4 Hari 3 Malam
Diikuti olehKisah Cinta Rumi

Covid Oh Covid ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Izuan Mokhtar, di bintangi oleh Adibah Noor, Tony Eusoff dan Umie Aida. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 2 April 2021 mengantikan Romantika 4 Hari 3 Malam[1]

Sinopsis

Pengumuman sambungan PKP amat meresahkan rakyat Malaysia termasuklah Villa Angrani yang dihuni oleh Tuan Ariffin (Tony Eusoff), mak mertuanya Tok Wan (Umie Aida), isterinya Habsah (Adibah Noor) dan anak-anaknya Safura (Tiz Zaqyah), Salmiah (Nabila Huda), Suhaila (Nora Danish), dan Shazrul (Pelakon Baru Kayu). Hanya Suhaila dan Shazrul yang belum berkahwin tinggal bersama dengan Tuan Ariffin. Walaubagaimanapun, mereka sebuah keluarga yang rapat dan anak-anak selalu berkumpul di situ. Tuan Ariffin menyediakan bilik untuk semua anak-anaknya termasuklah Safura yang sudah berkahwin kecuali Salmiah yang seperti anak terbuang kerana perkahwinannya yang tidak direstui. Adik-beradik bersepakat mahu merapatkan semula hubungan Salmiah dengan Habsah.

Tok Wan mengidap Alzheimer dan selalu membuat suasana jadi huru hara dengan perangainya. Tuan Ariffin mempunyai hubungan dengan Riana (Fathia Latiff), seorang janda yang rumahnya berdekatan dengan masjid. Apabila masjid ditutup, Tuan Ariffin resah sebab tak dapat jumpa dengan kekasih hati. Habsah yang sangat fobia dengan Covid-19 sangat tegas dan tak suka anak-anak keluar rumah tanpa sebab. Dia sangat mematuhi SOP. Hubungan antara Tuan Ariffin dan Riana dapat dihidu oleh Shazrul. Dia berpakat dengan Suhaila untuk menggagalkan hubungan ayah dan janda itu.

Safura bergiat aktif dalam kerja amal, menghantar barang dan makanan kepada warga seni yang kurang berkemampuan. Setelah PKP dilanjutkan, Safura ingin mengadakan konsert secara maya bagi mengumpul dana. Suhaila pula resah dengan majlis perkahwinan yang akan diteruskan dengan pematuhan SOP. Sebagai seorang influencer, Suhaila kongsikan video persiapan perkahwinannya untuk tatapan peminat. Suhaila terkejut apabila suaminya, Zafrin mengambil keputusan untuk tidak hidup menumpang di Villa Angrani. Bagaimana Suhaila menyesuaikan diri? Tambahan lagi, Suhaila memang tidak gemar membuat kerja rumah dan tidak pandai memasak.

Pelakon

Rujukan

  1. ^ Drama Covid Oh Covid MyinfoTaip (1 April 2021). Dicapai 2 April 2021
  • l
  • b
  • s
Lokasi
Negeri dan wilayah
Acara
Tindak balas
Dasar
Tokoh
Kerajaan
Penyelidik
Dijangkiti
Institusi
Kerajaan
Pusat kawalan penyakit
Hospital dan pusat rawatan
Pertubuhan
Syarikat
Pertubuhan bukan kerajaan
Isu dan kesan
Budaya masyhur
Filem
Televisyen
Muzik
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.