Abu Zahar Ujang
Abu Zahar Ujang | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | (1944-02-01) 1 Februari 1944 (umur 80) Kuala Pilah, Negeri Sembilan |
Pusat pendidikan | Lincoln's Inn, London |
Pekerjaan | Ahli politik |
Pejabat | Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah |
Pendahulu | Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim |
Parti politik | UMNO―Barisan Nasional |
Pasangan | Puan Sri Sharifah Rugayah Syed Jaffar |
Anak-anak | 3 |
Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang (lahir 1 Februari 1944) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Ketua Pesuruhjaya Azam Baki sejak Mei 2020.[1] Beliau juga merupakan bekas Yang Dipertua Dewan Negara ke-16 dan bekas Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak). Abu Zahar dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Keluarga
Isteri bernama Puan Sri Sharifah Rugayah Syed Jaffar dan mempunyai tiga anak.
Pendidikan dan kerjaya
Menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad di Kuala Pilah, N. Sembilan sebelum ke London.
Beliau lulusan undang-undang di Lincoln's Inn, London, dan pernah menjadi Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia.
Beliau pernah menjadi Timbalan Penguasa di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 1979.
Politik
Pernah menjadi Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah. Kemudian menjadi Ketua UMNO Bahagian Kuala Piliah selama 14 tahun (1987-1990) . Beliau menjadi Adun (1986-1995) kemudian Anggota Parlimen Kuala Pilah (1990-1999).
Dalam hirarki UMNO, beliau dilantik menjadi ahli Lembaga Disiplin UMNO sejak 13 Mei 2004. Abu Zahar juga dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Pengerusi RISDA, Pengerusi Tribunal Hakcipta Malaysia dan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia.
Yang Dipertua Dewan Negara ke-16
Pada 26 April 2010, Abu Zahar menggantikan Datuk Wong Foon Meng yang tamat pada 12 April 2010. Usul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan sokongan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.[2]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Barisan Nasional | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Abu Zahar Ujang (UMNO) | 24,485 | 82% | Mohd Yusof Abd Malik (S46) | 3,885 | 13% |
Tahun | Barisan Nasional | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | Abu Zahar Ujang (UMNO) | 4,824 | 62% | Tong Kin Chong (DAP) | 2,316 | 30% | ||
1990 | Abu Zahar Ujang (UMNO) | 6,135 | 65% | Abu Samail Katas (S46) | 2,955 | 32% |
Anugerah
Kehormatan Malaysia
Malaysia :
Ahli Mangku Negara (AMN) (1992)
Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2007)[4]
Negeri Sembilan :
Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) – Dato' (1996)
Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) – Dato' Seri Utama (2013)[5]
Rujukan
- ^ "24 ahli badan bebas SPRM terima surat cara dan pelantikan". Bernama. Putrajaya: Berita Harian. 30 Jun 2020. Dicapai pada 23 Januari 2022.
- ^ Abu Zahar Angkat Sumpah Yang Dipertua Dewan Negara Ke-16
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 26 April 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) Percentage figures based on total turnout. - ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 24 Ogos 2018.
- ^ "735 to receive Negeri Sembilan awards". Astro Awani (dalam bahasa Inggeris). 13 Januari 2013. Dicapai pada 18 Februari 2022.